Jom Follow.....

Thursday, November 15, 2012

Harussani Bertaubat

2 Muharram 1434


"Saya sentiasa bertaubat selepas menunaikan solat, sebanyak 10 kali atas apa jua kesilapan yang dilakukan saya." Demikian menurut Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria menjawab kenyataan Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Harun Taib semalam, yang turut meminta beliau bertaubat.

Menurutnya, setiap manusia sentiasa melakukan kesalahan dan dengan bertaubat, umat Islam tidak akan terus berada dalam dosa di atas kesilapan yang dilakukan.

Harussani, antara pemimpin agama yang mendapat perhatian dalam arena politik tempatan khususnya berkaitan idea kerjasama politik Pas-Umno menambah, "jadi, saya hanya meminta (Naib Presiden PKR) Nurul Izzah bertaubat apabila melakukan kesalahan."

 Katanya, orang Islam pada masa ini hanya berjuang atas kepentingan politik dan saling menabur fitnah sehingga mewujudkan perpecahan di kalangan umat Islam.

"Perjuangan orang Islam terutamanya pemimpin sekarang lebih kepada kepentingan politik sendiri.

"Mereka jauh terpesong, mereka tidak mengikut ajaran Islam dan tidak mengikut sunnah Rasulullah," kata beliau kepada Sinar Harian Online.

Pagi semalam, Harun meminta Harussani turut bertaubat kerana didakwa  tidak menyokong perjuangan Islam.

Kenyataan Harun itu dibuat ketika mengulas komen Harussani yang meminta Nurul Izzah bertaubat kerana mengeluarkan kenyataan tidak selari mengenai kebebasan agama.

Harussani juga berkata, semua parti politik yang menggunakan Islam tidak akan disokongnya kerana perjuangan mereka tidak sejajar dengan konsep Islam.

Maklumat lanjut: SH Online

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...