Jom Follow.....

Wednesday, August 29, 2012

Maut Dalam Liang Latah Digali Sendiri

12 Syawal 1433


TEMERLOH 28 Ogos,2012 - Hayat seorang penggali kubur di sini berakhir dengan tragis dan menyayat hati apabila dia menemui ajal di dalam liang lahad yang digalinya sendiri bersama seorang rakan di Kampung Penak dekat Mentakab di sini hari ini.

Mangsa, Zailan Hamid, 40, dipercayai mengalami kecederaan teruk di kepala dan patah leher setelah tertimbus tanah semasa menggali liang lahad itu bersama rakannya, Mohd. Nasir Musa, 40.

Dalam kejadian pukul 10.15 pagi itu, kedua-duanya menggali liang lahad untuk jenazah seorang warga emas, Minah Ishak, 76, yang meninggal dunia akibat sakit tua selepas subuh.

Menurut penduduk, Nizri Bakar, 57, dia melihat Zailan dan Mohd. Nasir menyiapkan bahagian akhir liang lahad itu apabila secara tiba-tiba ketulan-ketulan tanah besar jatuh dan menimbus keseluruhan badan mangsa.

Katanya, semasa kejadian, Zailan berada di tengah liang lahad itu manakala Mohd. Nasir di bahagian hujungnya.

"Tanah itu hanya menimpa Zailan manakala Mohd. Nasir yang terkejut bergegas naik. Saya yang nampak insiden itu menjerit memanggil rakan-rakan lain yang berehat di kawasan kubur supaya mengeluarkan Zailan.

Maklumat lanjut : UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...